Seks ‘ ubat tidur suami ‘

Apa yang sering orang lupa terutamanya wanita ialah seks untuk kesihatan. Seks bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu. Kepada lelaki, seks dapat menyihatkan tubuh badan. Lebih kerap melakukan hubungan seks, semakin sihatlah lelaki itu.

Mengikut kajian, semasa melakukan hubungan seks, sebanyak 85 hingga 200 kalori akan terbakar dalam tempoh 20 minit. Tulang dan otot akan semakin kuat. Ini kerana seks membantu mengeluarkan hormone testosterone. Ini fakta yang sering kita dengar yang isteri selalu lupa.

Bayangkan sahaja semasa kemuncaknya, bukan sahaja minda tetapi otot dan kekuatan lelaki akan bertumpu. Aktiviti apakah yang dapat mengumpulkan tumpuan dan kekuatan lelaki sehebat ini?

Ramai menyebut analogi bom meletup pun tidak dihirau apatah lagi anak menangis. Sebab itu ramai bersetuju bahawa antara rahsia mengawal lelaki adalah dengan mengawal seks mereka. Ini yang isteri selalu lupa.

Pengeluaran testosterone juga menjadi penentu agar tenaga terus terjaga dan meningkat. Bila melihat lelaki lesu pada pagi hari, tentu sekali maksudnya bukan kerana ‘overdose’ tetapi kurang dos. Berapa banyak dos diperlukan oleh lelaki?

Seks teratur (maksudnya tidak berlebihan) turut dapat meningkatkan immunoglobulin A –antibodi penting untuk system kekebalan badan. Fakta lain yang juga menarik ialah hubungan seks sekali atau dua kali seminggu dapat membantu mencegah selsema.

Hormon serotonin yang dilepaskan semasa ejakulasi rupa-rupanya mempunyai manfaat lain. Ia dapat mengurangkan sakit kepala dan leher. Justeru, kalau suami selalu mengadu sakit kepala atau leher, isteri perlu cepat-cepat ‘mengubatinya’.

Ejakulasi secara teratur dapat mengurangkan risiko barah prostat yang banyak dialami oleh lelaki setengah baya. Beberapa kajian mendedahkan lelaki yang mampu ejakulasi secara teratur mampu mengurangkan 30 peratus risiko barah prostat.

Ejakulasi sama ada melalui hubungan seks pada malam hari dapat membantu lelaki supaya mudah tidur. Tapi leceh dan selalu pula menyusahkan pasangan, ramai lelaki yang menjadikan ejakulasi sebagai ‘ubat tidur’ pula.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s